Umum

بسم الله الرحمن الرحيم
InsyaAllah bermula hari ini, saya telah buka blog saya untuk tontonan awam. Sebelum ini saya telah set blog ini secara hidden. Kerana saya tidak menginginkan trafik yang tinggi. Kisah hidup dan memori saya, kenapa perlu semua orang peduli, bukan?

Tetapi saya rasa sekarang saya mahu kongsi banyak perkara. Tentang hidup yang telah saya lalui, tentang anak-anak, tentang side income saya. Ha, sebab itulah ia perlu menjadi umum.

Tetapi jangan risau, ia mungkin tidak sampai menjengkelkan semua orang. Saya juga tidak punya banyak masa untuk membuat banyak iklan. Malah tidak punya banyak masa untuk menulis kemasukan pun!

Saya cuma berharap saya punya masa untuk menulis (dan membaca!). 

Semoga kemasukan-kemasukan selepas ini dapat membantu anda semua. Tentang apa? Tentang apa-apa yang anda cari sehingga boleh sampai ke sini! =)

Advertisements

Check Up

بسم الله الرحمن الرحيم

Masanya sudah tiba untuk check up sebanyak 2x sebulan (2 minggu sekali). Apabila kandungan menjejak 7 bulan, kekerapan check up semakin meningkat.

Untuk kandungan kedua ini, kami merancang untuk melahirkan di Hospital Swasta. Memandangkan Hospital Kerajaan mempunyai kawasan parkir kereta yang terhad, tempat yang sesak dan waktu melawat yang tidak benri. Walaupun servis yang disediakan di hospital kerajaan tidak kurang hebatnya. Di samping syarikat encik suami ada menyediakan peruntukan untuk isteri bersalin. Maka marilah kita menggunakan faedah itu sebaiknya.

Saya masih menyambung check up di klinik kesihatan kerajaan. Antara sebabnya:

  1. Pemeriksaan percuma
  2. Pemeriksaan menyeluruh. Ini termasuk pemeriksaan air kencing, pemeriksaan darah (FBC, dan mana-mana pemeriksaan darah mana yang perlu), berat, tekanan darah dan sebagainya.
  3. Follow up yang terancang

Ada juga ketidaksukaan saya. Terutama masa menunggu dan terpaksa mengorbankan cuti yang sudah tiada untuk menjalani pemeriksaan sebegini. 😢

Kadang-kadang SOP yang disediakan terlalu rigid dan tidak menggunakan sumber secara optimum. Semua pesakit di pukul rata sahaja. Tapi hendak buat macam mana, ya? Terima sahajalah.

Tapi oleh sebab perkhidmatan percumalah saya tetap sahaja memilih untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan sahaja. Yeay!

13 Bulan Kemudian

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali terakhir ialah 13 bulan lalu. Sudah setahun lebih? Nampak tak betapa sebelum ini saya sangat hangat-hangat tahi ayam untuk mengemaskini blog? Masa dan idea yang tidak mengizinkan ia terjadi.

Dalam masa 13 bulan ini, macam-macam sudah terjadi.

  1. Adik Anas sudah berusia 28 minggu di dalam perut. Ia, kandungan saya yang kedua. Alhamdulillah.
  2. Hari lahir Umy sudah disambut lagi. Umy juga sudah memencenkan diri daripada alam pekerjaan.
  3. Sudah mendapat anak saudara baru dan termasuk yang dalam perut ini, cucu Mimi dan Eyang semuanya lelaki. Haha alhamdulillah.

Tetapi saya masih lagi bekerja di syarikat lama. Ya Allah.. ini sangat membosankan kerana saya sudah tiada motivasi untuk meneruskan kerja. Saya sudah tiada motivasi untuk hidup.

Boleh tak kalau saya hanya mahu hidup dengan tenang-tenang sendiri bersama anak-anak?

#8: Tips Tentang Susu Ibu

بسم الله الرحمن الرحيم

Mula-mula sekali minta maaf. Entri ini berunsur ibu ibu sikit. Ehe. Kalau tak mahu baca boleh skippu (スキッピ)kata orang jepun. luls

Dalam banyak-banyak tips tentang susu ibu termasuk cara penyediaan, cara mengepam, tips yang bakal saya ceritakan selepas ini, tidak pernah saya jumpa di mana-mana. Hatta dalam seminar (eleh baru pergi 1 seminar je pong!) menyusu bayi pun saya tak pernah dengar.

Saya tak nak cerita panjang lebar tentang penyediaan susu ibu. Sebab kat blog lain dah banyak dah kongsi pasal ini. Just straight to the point shall we?

Cara yang betul mengosongkan payudara dengan efektif

  1. Direct feed
    • Hisapan bayi adalah paling efektif. Nothing can beat it.
  2. Marmet
    • Kalau buat ini tanpa teknik yang betul memang teyol tangan. Pelajari teknik yang betul sebelum mencuba.
  3. Pam manual
    • Boleh adjust suction level sendiri. Apabila LDR (let down reflex) dah takde, buat stimulation phase (pam laju laju)
  4. Pam elektrik
    • Stimulation phase usually lasts for 2 minutes before it is automatically changed to expression phase.
    • Change back to stimulation phase (by clicking the mode button) once LDR is no longer feel.

Selalunya ibu ibu akan direct ke nombor 4. Terutama ibu bekerjaya. Sebelum ni saya tak tahu pun kena interchange between stimulation and expression phase apabila pakai electric pump. And usual yield before this memang tak memberangsangkan. Lepas tukar teknik mengepam baru OK.

Cara terbaik untuk simpan EBM (bagi saya)

Jangan condemn dulu. Mungkin lain orang lain cara. Lepas saya memahami cara simpan stok susu untuk bayi, saya keluarkan formula sendiri.

Sebelum ni, lepas expressing my breastmilk, I will always keep at least 2 portions in the frozen refrigerator. Another 2 portions will be kept in chilled section for tomorrow’s use. And I will take out another 3 portions from frozen section to be thawed for tomorrow’s used from the earlier date.

But please bare in mind. Once the temperature is changed, the protein molecules in the milk will also changed hence the frozen milk stores less good protein than in the chilled milk (let alone the fresh one la).

Maka dengan itu saya fikir lebih elok saya guna cara di bawah:

Fresh EBM: if not used within 4 hours, directly store in chill refrigerator.
Chill EBM: Keep in chill section for 4 days and if not used within 4 days, store in frozen refrigerator.

Untuk saya yang tak buat stok susu dan susu pun tak oversupply, saya hanya ada 6 packs of frozen stock kat rumah. Banyak simpanan adalah chilled stock.

Dengan ini, saya boleh pastikan Unays dapat the best nutrient from my milk. Yey!

#7: Tanggungjawab

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak memberi tanggungjawab kepada diri sendiri untuk mengemaskini blog, tiba-tiba jadi terbeban pulak. Kalau dah dasar tidak boleh kemaskini blog hari-hari memang begitulah. Dari tadi duk fikir hendak cerita apa. Memang tak ada cerita pun. Ini dah macam nak fikir kena buat karangan 6 muka surat. Heh.

Bosan.

Kali terakhir buat karangan panjang-panjang adalah semasa SPM tingkatan 5. Waktu itu, saya mampu menulis karangan 6 muka surat penuh depan belakang. Rasanya lebih 300 patah perkataan juga. Rasa dah hebat sangat dah waktu tu. Al maklumlah, pelajar terbaik subjek Bahasa Melayu.

Muntah darah.

Sekarang berperang dengan perasaan dan emosi betul hendak buat entri. Aduiyai.

Oklah nak perah susu.
HAHA.

Tanggungjawab yang satu itu lebih best.